Monday, May 18, 2009

Dah Nak Balik

Akhirnya aku nak balik kg jgk ari ni. Aku sebenarnye x de mood nak balik kampunng dah. Ujian sangat besar bagi aku sem ni. Mengalahkan ujian final HRM 530 baru-baru ni. Aku x leh nak wat la paper tu. huhuhu.. Sedih gile..

Ape pun aku kene balik jugak ari ni. Esok dah stat praktikal kat Robina Flooring tu. Rase cam malas lak nak g praktikal tu. X thu la nape. Sebab kene mengadap muka bos2 kat citu kot. Bosan tul. Masa aku melangkah kuar dri kilang tu dlu dah berazam x nak keje kat ctu dah. Tapi sekarang terpaksa jgk. Sebab dah x de tempat untuk dituju. Ade tu mmg lah ade, tapi kat Dungun nun. Bapok lah jauhnye. Nak jenguk adik2 aku pun ssh kalu jauh2 cam tu. Modal pun besar kene kuarkan. Walau cam ne pun alham dulillah syukur kehadratnya sebab aku leh balik kampung, modal kecik, makan free, rumah x yah bayar etc. Tinggal duit minyak je.

Nampak nye Blog ni akn x de entry lagi lah dalam 2 bulan ni. Kat kampung nun mane ade internet nak update. Tpi klu ade masa tengoklah aku g la ke Old Town mamak tu ke. Minum teh o je segelas. Duduk 4 jam men internet. Aritu mamak tu dah kenal aku dah. Klu aku g situ bawak laptop mesti dia dah dapat agak aku nak minum pe. haha.. Tapi ikut aku la. Aku minum bukan x bayar, rm 1 tu air teh o. Punye lah mahal. Sbp tu aku duk situ sampai 4 jam. haha

Semoga berjumpa lagi..

 

Akhirnya

pergh...

Penat tul la 2 3 minggu ni. Ingat dah kene praktikal ke dungun nu dah. Nsb bek Robina Flooring tu call aku balik. Akhirnya dapat jgk wat praktikal kat Temerloh kampung halaman ku. Kalau lah kene g sampai ke Dungun tu bapok la jauhnye. Alham Dulillah. Sekurang-kurangnye dapat la jugak aku menjenguk adik-adik aku kat kampung. Kadang-kadang kesian jgak aku kat dioarang. Tapi nak wat cam ne. Yang hidup kene teruskan hidup. Yang dah x de tu biarkan je la.Takdir tuhan yang maha esa. Kita hamba ni x leh nak wat pe2 dah. Yang penting aku yang idup ni kene lah panjangkan doa kehadratnya supaya Arwah kedua orang yang amat aku sayang tu di cucuri rahmat Nya dan mendapat keredhaan Nya. Insyaallah...

Saturday, May 16, 2009

Sambungan Adakah Gas CFC Menipiskan Lapisan Ozon


Adakah CFC menipiskan lapisan ozon???

Jawapannya TIDAK sama sekali. Untuk pengetahuan, gas klorin Cl yang terdapat dalam CFC yang terbebas di atmosfera telah minjadi pesalah dalam masalah ini. Gas klorin akan bertindak balas dengan gas ozon (O3) untuk menguraikan nya kepada gas klorin oksida (ClO) dan gas oksigen(O2) (O3 + Cl => O2 + ClO). Seterusnya gas klorin oksida yang terhasil daripada proses tadi bergabung pula dengan atom oksigen bagi menghasilkan gas oksigen dan gas klorin (ClO + O => O2 + Cl). Kemudian gas ozon akan bergabung pula dengan molekul oksigen untuk membentuk 2 unit gas oksigen ( O3 + O => O2 + O2). Proses tadi akan berulang berkali2 sehingga semua lapisan ozon akan terurai dan menyebabkan penipisan lapisan dan seterusnya menyebabkan lubang pada lapisan ozon.

Adakah penyataan diatas benar??

Jawapannya YA mengikut teorinya tetapi berbalik pada post aku sebelum ni, aku dah menyatakan yang gas ozon adalah sejenis gas yang boleh DIPERBAHARUI

Cuba anda fikir sejenak, adakah sumber klorin di dunia ini hanya boleh didapati pada gas CFC sahaja???

Sebenarnya gas klorin yang terbebas ke atmosfera bumi telah berlaku sejak dahulu lagi dari aktiviti gunung berapi dan penghasilan gas klorin oleh lautan di bumi. Jika benar gas klorin boleh menyebabkan penipisan ozon, telah lama bumi kita ini TIDAK MEMPUNYAI LAPISAN OZON. 

Untuk pengetahuan, gas klorin yang dibebaskan oleh Gunung Erebus, iaitu gunung berapi yang paling aktif di dunia adalah sebanyak 365,000 ton setahun!!! Manakala pembebasan gas klorin yang disebabkan oleh pengunaan gas CFC di seluruh dunia pula adalah hanya sebanyak 7,500 ton setahun. Jika benar gas klorin menipiskan lapisan ozon, maknanya bukan lah disebabkan oleh penggunaan CFC yang berlebihan tetapi disebabkan oleh alam semulajadi!!!

  • Sulaiman Nordin, Sejarah pemikiran 1, 2008, m/s 277-287

Friday, May 15, 2009

Adakah Gas CFC Menipiskan Lapisan Ozon?


Terlebih dahulu saya nak mengucapkan salam kepada kawan2 yang x putus2 menyuruh saya supaya mengupdate blog ni. Terima kasih kawan2.hehehe.. 

Okey lah. Aku yakin korang sume mesti penah dengar pasal gas CFC atau nama penuhnya Chloro Fluoro Carbon kat mane2 kan. Gas ini diklesifikasikan sebagai gas yang sangat merbahaya kepada alam sekitar. Gas ini selalu dikaitkan dengan penipisan lapisan ozon yang boleh memudaratkan kehidupan dimuka bumi ini. 

Dewasa ini ramai orang memperkatakan tentang sinaran UV atau nama penuhnya Ultra Violet light yang boleh mengancam kesihatan manusia. Sinaran UV in boleh menyebabkan kanser kulit dan bermacam lagi masalah kesihatan kepada manusia. Lapisan ozon seperti yang diketahui berfungsi sebagai penapis kepada sinaran ini daripada menyinar terus kepada hidupan dimuka bumi.

Lapisan ozon merupakan sejenis gas yang dihasilkan di satu lapisan atmosfera bumi. Gas ozon hihasilkan daripada gas oksigen yang bertindakbalas terhadap cahaya ultra lembayung (UV) daripada matahari. Sinaran UV ini akan memecahkan struktur gas oksigen O2 dan menghasilkan atom oksigen yang aktif (O) dan akan bergabung dengan struktur O2 untuk menjadi stabil dan sekaligus menghasilkan gas O3 ozon.

Pada tahun 1956, seorang penyelidik lapisan ozon yang bernama Gordon Dobson bersama dengan beberapa lagi penyelidik dari Universiti Oxford di England telah membuat kajian terhadap lapisan ozon di Antartik. Beliau telah mendapati terdapat lubang pada lapisan atmosfera di antartik. Beliau berpendapat lubang pada lapisan atmosfera itu adalah kejadian semulajadi yang hanya berlaku di Antartik sahaja, dan beliau berpendapat lubang itu bukan lah lubang yang sebenarnya tetapi ia adalah fenomena penipisan ozon dan keadaannya akan beransur pulih dari setahun ke setahun. Kejadian ini berlaku adalah kerana kurangnya sinaran UV yang menyinari kawasan kutub. Untuk pengetahuan malam di kawan kutub adalah sangat panjang dan mencecah hingga berbulan2. Oleh kerana kurangnya penerimaan sinaran ultra lembayung UV di kawasan itu menyebabkan tiada tindakbalas antara gas oksigen O2 dengan sinaran UV dan proses penghasilan ozon tidak akan berlaku. Apabila berlaku hari siang di kawasan Antartik, barulah proses itu berlaku semula dan lapisan ozon akan kembali menebal. Ini bermakna lapisan ozon boleh diperbaharui.


  formular kimia tindakbalas oksegen dan sinar UV 
  •  Sulaiman Nordin, Sejarah pemikiran 1, 2008, m/s 277-287

Wednesday, December 24, 2008

lagi gambar hiasan. (x hais2 ngan gambar hiasan aku ni)

LAMA JUGA X UP DATE


huhuhu. lama juga aku x mengupdate blog ni. x pe. aku ade barang nak kongsi ngan korang ni. hah bace r artikel yang aku wat kat bawah tu..

penat tu wat. huhhuhuhu
PERSILATAN PERKALONGAN CIMINDAI PUTIH PAHANG


logo Persilatan Perkalongan Cimindai Putih



Seni beladiri atau seni mempertahankan diri merupakan salah satu dari cabang adat dan kebudayaan bagi setiap bangsa di dunia. Sebagai contoh, kita dapat lihat pelbagai seni beladiri yang terdapat di dunia ini adalah berkaitan secara langsunng atau tidak dengan adat dan agama suku-suku etnik dimana senibeladiri ini berasal. Antara seni beladiri yang popular di kalangan kita adalah seni beladiri yang berasal dari timur seperti Tae Kuan Do, Karate Do, Wushu, Akido dan sebagainya. Pada asalnya, seni ini merupakan alat utama untuk mempertahankan diri dari seranagan musuh dan akhirnya bertukar menjadi identiti bagi hampir kepada semua etnik di seluruh dunia.
GAMBAR HIASAN

Seperti yang kita semua sedia maklum, rumpun bangsa melayu di Nusantara juga tidak kurang hebatnya dengan seni beladiri iaitu seni silat. Seni silat telah direka oleh nenek moyag kita dahulu untuk mempertahan kan diri dari serangan musuh dan akhirnya sebati didalam kehidupan rumpun bangsa melayu. Sebagai contoh, kita boleh menjumpai pelbagai jenis seni silat dan jumlahnya terlalu banyak di setiap tempat di Nusantara. Di Negara kita Malaysia juga tidak kurangnya dengan seni ini. Antara nama-nama seni silat yang kita basa dengar di Malaysia adalah Seni Silat Cekak Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Seni Silat Lincah Malaysia dan sebagainya.
Di negeri Pahang juga sebenarnya terdapat juga banyak perguruan silat yang kurang diketahui oleh masyarakat di Malaysia. Seni silat jenis ini biasanya bergerak secara bersendirian dan tiada struktur organisasi yang baik seperti mendaftar sebagai persatuan atau tidak mendaftar dengan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Seni silat jenis ini selalunya diajar oleh guru-guru silat di kampung-kampung. Kita boleh lihat di hampir setiap kampung di negeri Pahang mempunyai bangsal-bangsal atau gelanggan-gelanggang silat. Antara nama-nama silat yang terdapat di Pahang yang kurang diketahui itu adalah Persilatan Perkalongan Cimindai Putih Pahang, Seni Silat Sutan Muakat, Seni Silat Sendeng Dua Beradik, Seni Silat Pancar Delima, dan banyak lagi. Seni silat ini boleh dijumpai dan berkembang di sepanjang sungai Pahang.
Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan seorang penuntut perguruan silat di negri Pahang Darul Makmur sebelum menjadi ahli PSSCM. Perguruan yang dimaksudkan itu adalah Persilatan Perkalongan Cimindai Putih.
Persilatan Perkalongan Cimindai Putih telah diasaskan oleh almarhum Cikgu Abd Aziz di Kampung Bangau Parit Temerloh dan.pada mulanya, perguruan ini telah didaftarkan dibawah PESAKA Pahang dan akhirnya telah didaftarkan sebagai persatuan. Perguruan ini pada awalnya telah dibawa oleh pedagang kain batik dari Tanah Jawa di sepanjang sungai Pahang. Dan mereka telah mengambangkan perguruan ini di tempat mereka tinggal dan akhirnya terus menetap bersama masyarakat setempat. Persilatan ini telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Mengikut cerita dari almarhum Cikgu Abd Aziz, nama Cimindai Putih diambil sempena nama sejenis burung.
Perguruan ini mempunyai satu perkara yang paling asas iaitu pelebat. 4 langkah pelebat dan 4 langkah pelebat songsang. Pelebat didalam silat Pahang adalah satu pergerakan yang paling asas dan setahu saya setiap perguruan di negeri Pahang mempunyai langkah pelebatnya yang tersendiri dan menjadi identiti kepada perguruan terbabit. Bagi Persilatan Perkalongan Cimindai Putih, 4 langkah pelebat menjadi pergerakan asas bagi menyerang dan mempertahankan diri. Pelebat ini terdiri dari 1 langkah 1, 2 langkah 2, 2 langkah 3 dan 1 langkah 4 dan sengsangan dari langkah-langkah itu. Setiap satu dari langkah-langkah ini mempunyai kelebihanya yang tersendiri.
Selain itu, didalam perguruan ini juga terdapat 1 sembah tari yang dinamakan sembah perguruan dan sembah ini menjadi identiti kepada setiap penuntut. Ini bermakna sembah perguruan bagi seorang penuntut dengan penuntut yang lain adalah berbeza dan sampai satu tahap dimana seorang penuntut itu boleh mencipta langkahnya sendiri, tetapi langkah yang diciptanya itu mestilah tidak bertentangan dengan jatidiri dan asas perguruan ini. Ini menjadikan perguruan ini unik dan melatih penuntutnya supaya boleh berfikir secara kreatif.
Perguruan ini mempunyai banyak peringkat. Bagi menjadikan persilatan ini lebih teratur, peringkat-peringkat ini disusun mengikut tahap dimana boleh dibezakan melalui warna bengkung yang dipakai oleh seorang penuntut. Pertukaran warna bengkung hanya boleh dibuat setelah seorang penuntut itu melalui ujian ataupun greading. Peringkat pertama, penuntut akan memakai bengkung berwarna putih dan penuntut telah pun menguasai asas tumbukan dan sepakan serta tepisan luar dan dalam serangan tangan dan kaki. Peringkat yang kedua pula, penuntut akan memakai bengkung yang berwarna hijau dimana mereka telah menguasai buah-buah asas dan tempur. Peringkat ketiga pula penuntut akan memakai bengkung berwarna kuning dimana mereka telah menguasai tempur tangan kosong dan senjata seperti tongkat, parang dan keris dan peringkat ke empat pula, penuntut akan memakai bengkung merah dimana mereka telah menguasai tempur parang panjang. Peringkat kelima yang bengkungnya berwarna hitam penuntut itu telah menguasai kesemua peringkat dan berkemahiran dalam semua peringkat di dalam silibus pelajaran Cimindai Putih.
Sebenarnya peringkat bengkung ini tidaklah terlalu penting di dalam perguruan ini. Ini adalah bertujuan menjadikan pelajaran didalam perguruan ini lebih teratur dan bersesuaian dengan dunia semasa.
Ini sahaja lah serba sedikit yang saya dapat sampaikan tentang perguruan silat yang terdapat di negeri Pahang.
p/s: kpd penuntut cimindai putih yang membaca blog ini jika ada penambahan n kalau2 la aku tersilap maklumat tlg comment ye..=)

Thursday, December 4, 2008

1st day =)

Gambar daun di Jln Kent Yang diambil oleh Kep (gambar hiasan =) )

Hari ini merupakan hari pertama aku menjinak-jinakkan diri ku kepada dunia blogger. Assalamualaikum dunia blog. Al-maklumlah, baru dapat nak online, setelah 1 sem aku berada di Shah Alam. Aku mulakan hidup ku hari ini dengan perkara yang aku hari-hari buat, iaitu bangun dari tido. Dah lah bangun lambat, bangun je terus olnine huhuhu. Gembira tul aku time cuti cam ni. Boleh online lak tu huhu. Saje cek-cek email, bukak friendster, tiba-tiba datang lah ilham tuk menghasilkan blog yang julung-julung kali dibuat oleh aku ini. Dengan semangat juang yang tinggi akhirnya aku dapat juga menghasilkan blog yang tak seberapa ini. Diharapkan kepada kawan-kawan yang dah lama menjinakkan diri dalam bidang blig ini dapat membantu aku yang baru arini mengenali dunia blog. Kesiannye aku, tak up to date langsung huhuhu.