Wednesday, December 24, 2008

PERSILATAN PERKALONGAN CIMINDAI PUTIH PAHANG


logo Persilatan Perkalongan Cimindai Putih



Seni beladiri atau seni mempertahankan diri merupakan salah satu dari cabang adat dan kebudayaan bagi setiap bangsa di dunia. Sebagai contoh, kita dapat lihat pelbagai seni beladiri yang terdapat di dunia ini adalah berkaitan secara langsunng atau tidak dengan adat dan agama suku-suku etnik dimana senibeladiri ini berasal. Antara seni beladiri yang popular di kalangan kita adalah seni beladiri yang berasal dari timur seperti Tae Kuan Do, Karate Do, Wushu, Akido dan sebagainya. Pada asalnya, seni ini merupakan alat utama untuk mempertahankan diri dari seranagan musuh dan akhirnya bertukar menjadi identiti bagi hampir kepada semua etnik di seluruh dunia.
GAMBAR HIASAN

Seperti yang kita semua sedia maklum, rumpun bangsa melayu di Nusantara juga tidak kurang hebatnya dengan seni beladiri iaitu seni silat. Seni silat telah direka oleh nenek moyag kita dahulu untuk mempertahan kan diri dari serangan musuh dan akhirnya sebati didalam kehidupan rumpun bangsa melayu. Sebagai contoh, kita boleh menjumpai pelbagai jenis seni silat dan jumlahnya terlalu banyak di setiap tempat di Nusantara. Di Negara kita Malaysia juga tidak kurangnya dengan seni ini. Antara nama-nama seni silat yang kita basa dengar di Malaysia adalah Seni Silat Cekak Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Seni Silat Lincah Malaysia dan sebagainya.
Di negeri Pahang juga sebenarnya terdapat juga banyak perguruan silat yang kurang diketahui oleh masyarakat di Malaysia. Seni silat jenis ini biasanya bergerak secara bersendirian dan tiada struktur organisasi yang baik seperti mendaftar sebagai persatuan atau tidak mendaftar dengan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Seni silat jenis ini selalunya diajar oleh guru-guru silat di kampung-kampung. Kita boleh lihat di hampir setiap kampung di negeri Pahang mempunyai bangsal-bangsal atau gelanggan-gelanggang silat. Antara nama-nama silat yang terdapat di Pahang yang kurang diketahui itu adalah Persilatan Perkalongan Cimindai Putih Pahang, Seni Silat Sutan Muakat, Seni Silat Sendeng Dua Beradik, Seni Silat Pancar Delima, dan banyak lagi. Seni silat ini boleh dijumpai dan berkembang di sepanjang sungai Pahang.
Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan seorang penuntut perguruan silat di negri Pahang Darul Makmur sebelum menjadi ahli PSSCM. Perguruan yang dimaksudkan itu adalah Persilatan Perkalongan Cimindai Putih.
Persilatan Perkalongan Cimindai Putih telah diasaskan oleh almarhum Cikgu Abd Aziz di Kampung Bangau Parit Temerloh dan.pada mulanya, perguruan ini telah didaftarkan dibawah PESAKA Pahang dan akhirnya telah didaftarkan sebagai persatuan. Perguruan ini pada awalnya telah dibawa oleh pedagang kain batik dari Tanah Jawa di sepanjang sungai Pahang. Dan mereka telah mengambangkan perguruan ini di tempat mereka tinggal dan akhirnya terus menetap bersama masyarakat setempat. Persilatan ini telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Mengikut cerita dari almarhum Cikgu Abd Aziz, nama Cimindai Putih diambil sempena nama sejenis burung.
Perguruan ini mempunyai satu perkara yang paling asas iaitu pelebat. 4 langkah pelebat dan 4 langkah pelebat songsang. Pelebat didalam silat Pahang adalah satu pergerakan yang paling asas dan setahu saya setiap perguruan di negeri Pahang mempunyai langkah pelebatnya yang tersendiri dan menjadi identiti kepada perguruan terbabit. Bagi Persilatan Perkalongan Cimindai Putih, 4 langkah pelebat menjadi pergerakan asas bagi menyerang dan mempertahankan diri. Pelebat ini terdiri dari 1 langkah 1, 2 langkah 2, 2 langkah 3 dan 1 langkah 4 dan sengsangan dari langkah-langkah itu. Setiap satu dari langkah-langkah ini mempunyai kelebihanya yang tersendiri.
Selain itu, didalam perguruan ini juga terdapat 1 sembah tari yang dinamakan sembah perguruan dan sembah ini menjadi identiti kepada setiap penuntut. Ini bermakna sembah perguruan bagi seorang penuntut dengan penuntut yang lain adalah berbeza dan sampai satu tahap dimana seorang penuntut itu boleh mencipta langkahnya sendiri, tetapi langkah yang diciptanya itu mestilah tidak bertentangan dengan jatidiri dan asas perguruan ini. Ini menjadikan perguruan ini unik dan melatih penuntutnya supaya boleh berfikir secara kreatif.
Perguruan ini mempunyai banyak peringkat. Bagi menjadikan persilatan ini lebih teratur, peringkat-peringkat ini disusun mengikut tahap dimana boleh dibezakan melalui warna bengkung yang dipakai oleh seorang penuntut. Pertukaran warna bengkung hanya boleh dibuat setelah seorang penuntut itu melalui ujian ataupun greading. Peringkat pertama, penuntut akan memakai bengkung berwarna putih dan penuntut telah pun menguasai asas tumbukan dan sepakan serta tepisan luar dan dalam serangan tangan dan kaki. Peringkat yang kedua pula, penuntut akan memakai bengkung yang berwarna hijau dimana mereka telah menguasai buah-buah asas dan tempur. Peringkat ketiga pula penuntut akan memakai bengkung berwarna kuning dimana mereka telah menguasai tempur tangan kosong dan senjata seperti tongkat, parang dan keris dan peringkat ke empat pula, penuntut akan memakai bengkung merah dimana mereka telah menguasai tempur parang panjang. Peringkat kelima yang bengkungnya berwarna hitam penuntut itu telah menguasai kesemua peringkat dan berkemahiran dalam semua peringkat di dalam silibus pelajaran Cimindai Putih.
Sebenarnya peringkat bengkung ini tidaklah terlalu penting di dalam perguruan ini. Ini adalah bertujuan menjadikan pelajaran didalam perguruan ini lebih teratur dan bersesuaian dengan dunia semasa.
Ini sahaja lah serba sedikit yang saya dapat sampaikan tentang perguruan silat yang terdapat di negeri Pahang.
p/s: kpd penuntut cimindai putih yang membaca blog ini jika ada penambahan n kalau2 la aku tersilap maklumat tlg comment ye..=)

5 comments:

jon jonson said...

good info...perkayakan lagi diri kita dgn ilmu...luas lg diluar tempurung sbnrnya

- just me - said...
This comment has been removed by the author.
- just me - said...

thanks for the info.. nicely done! :)

mizan said...

A'kum.. mengucapkan ribuan terima kasih kepada "anak cimindai" ini yg masih ingat ppcp dan mewarwarkan dlm alam siber tapi ada yang tak cukup plz contact "koi" rosliz76@streamyx.com

FaraFaiz said...

Hmm...still ingat lagi ye PPCP..anyway..I miss the good old times with PPCP